Recent Posts

Tuesday, August 31, 2010

merdeka ka lu orang?


selamat hari merdeka malaysia!! dah 53 tahun. aku bangga jadi rakyat malaysia. tapi kebanggaan itu belum terserlah atau diekspresikan semaksimum mungkin. abaikan. mungkin aku masih lagi mumaiyyiz untuk topik ini.

hari ini aku menghabiskan masa cuti merdeka di HKL. tok sdare aku dalam keadaan kritikal, tapi mungkin beransur stabil, tapi kondisinya masih kritikal. lu orang paham? kalau tak paham, takpe. hanya perlu doakan supaya penderitaan dia dikurangkan. insyaALLAH. ingat, kena ikhlas dalam berdoa.

esok, iaitu dalam beberapa minit lagi, dah masuk 1/9/2010. aku secara rasmi akan bergelar pekerja lagi sekali, setelah hampir 3 minggu menanam anggur untuk dibuat kismis minda. oh, sangat nervous sebenarnya. memandangkan mungkin bebanan dan tanggungjawab kerja bermula pada esok hari lebih berat berbanding yang sebelumnya. mungkin ini titik permulaan untuk aku menjadi lelaki mumaiyyiz. bukan lagi kanak - kanak mumaiyyiz.

maafkan daku ye CXL, kerana mencarut kepadamu semalam. silap aku. bodoh, tak tahu sistem. apa - apa pun, aku sayang Bara Bara Api lebih, sebab gaji aku agak menarik ye bulan ini. I lurve u more la Bra Bra Api!! nanti aku jumpa, kita date eh. tapi kau la belanja, sebab kau tua. haha.

okeh, mahu tidur. sekadar melepaskan apa yg terbuku. demn! ayat skema. mungkin penangan esok hari. sila bangun sahur ye sebentar lagi. dan selamat berpuasa!

p/s : aku masih lagi meluat dengan orang di entry semalam. urgh!!!
p/p/s : tadi aku menjadi gila membeli belah untuk kerja. maafkan aku kalau tahun ni takda bajet untuk raya ye achap!
extra : alamak, tak sempat nak post sebelum 0000. huk.







2 kejujuran~:

Anem arnamee said...

Salam.

merdeka ma!hihi.wah,makin matang dah:)

nurulfzz said...

selamat bekerja =)

Blog Widget by LinkWithin