fuh, fuh. aku berjaya buat rekod malam tadi. berjaya siapkan bab 1. walaupun bahasa berterabur, ejaan tunggang terbalik, nahu entah ke mana, tulis rumi jadi jawi, aku berjaya siapkan hingga ke noktah terakhir. baru draf pertama. bahasa macam foreigner baru belajar bahasa melayu pun takpe. asalkan mencuba.
okeh, aktiviti hari ni adalah bersenam sehingga ke tengah kota raya. dari bangi ke pandan indah, terus ke imbi. berehat sebentar ambil mengorbankan kertas berhiaskan kepala agung dengan begitu banyak. oh, sungguh menyesal. jika sistem barter masih laku, aku terus tukar dengan 2 helai jeans di coffee n tea. betapa penyayangnya aku terhadap kepala agung itu. ches~
selepas selesai membuat dosa di imbi, senaman diteruskan sehingga ke carrefour ampang. masa ni, aku terasa mahu menghumban wanita itu ke luar daerah kerana masih sibuk mahu membetulkan wireless detector itu. niat di hati terpaksa diabaikan sebab hati sudah gembira, dapat melabur dengan banyak di ASB Carrefour.
akhirnya, perjalanan yang beribu batu itu diakhirkan di Paragon Point. pernah dengar? begitu juga aku. nampak sangat aku hanya terperuk di bilik dan berjusmate. hadoi.
setelah selesai hajat masing2, perjalanan diteruskan ke The Store untuk menghidrasikan kembali badan yang terhidrat. promosi hebat hari ini,
1.5L air mineral di The Store - RM 0.98
1.5L air mineral di Kedai Asas - RM 1.90
3 botol 1.5L air mineral di The Store - RM 2.95
haha. besar punya. berbaloi - baloi. aku sudah boleh jadi duta Celcom Blue, tapi perlukah aku menangis seperti Fahrin? oh, abaikan saja niat itu.
akhirnya, sampai di sarang ku pada tepat jam 5 lebih sikit. walaupun bersengkang mata malam tadi, masih ada tenaga untuk bersenam sepanjang hari tadi. rumusan hari ini :
Speaker - RM 39.00
4Gb Pendrive - RM 32.00
Durian Pancakes (4 pcs) - RM 8.90
Pengalaman berjimba - jimba bersama paten n paan - tak ternilai sebab banyak duit aku habis hari ni. nasib baik kita tak menyinggah di TS dan Mines. hadoi~
nanti ada projek mega. ikut plan yang dibincangkan dalam BKL ye. mari kita sama2 nantikan.
p/s : duit sudah mengering. ada orang mahu simbah air?



5 kejujuran~:
meh meh aku simbahkan..haha
OMG is tat
from Nikel Khor
durian pancakes???
yummy yummy...
nak satu boleh?
hehe
sampai hati mahu humban aku. T_T
tapi kau puas hati kan? walaupun sakit hati. sakit jiwa. hehe.
BKL 5384 ah...agaga~
syazni : ko nak simbah dgn air ape? teh o ais?
nikel : ???
cekelatbiru : totally sedap. ala, dah jadi tinja la. nnt kte g bli sesame ek. hoho.
fatin : haha. time tuh perut aku minta dibelai. kre btol la tuh, BKL. no blkg jek xigt. haha~
Post a Comment